Oleh : Neng Indah
Tabarruj
adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang
wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian
sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa
membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan
aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira sama dari seseorang wanita itu menarik
perhatian ataupun tidak.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.
Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jika seseorang
wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini
menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun
rambutnya terlindung.
Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Oleh yang
demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj
dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama
sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
Dalil tentang perkara ini adalah;
زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [An-Nur (24):31].
Seseorang wanita
itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah
gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh
menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah
dilarang.
Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.
Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.
Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.
Menarik
perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun
tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak
pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum ka auratnya ,walaupun tidak menarik
perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain
kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami
mereka …..” [An-Nur (24) : 31]
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” berarti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya),
Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman;
جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar